Thursday, April 21, 2011

CONTEST PASANGAN BAHAGIA & IDEAL by NAZMIE MOBILE SALON

CONTEST PASANGAN BAHAGIA & IDEAL
Contest nie sesajer haku buat untuk memeriahkan lagik pages NAZMIE MOBILE SALON aku nie kan… biasalah nak glamour cepat…hiihiiii…. Selain dari tuh adalah sempena menyambut Ulangtahun Perkahwinan NAZMIE (NAZLI+UMIE) yang ke-4 tahun pada 3 Mei 2011 nanti… contest ini terbuka kepada semua warga Malaysia ya...ng telah berumahtangga jer yerk… yang belum lagik tuh… cepat cepat tempah tangga wokeh…. :-D

Syarat-syarat pertandingan…

1. Sila “LIKE” fan page NAZMIE MOBILE SALON

2. Upload 1 gambar korang suami-isteri yang paling romantis (contoh : cam gambo2 kami tuh..hehehee)… jangan melampaui batas yerk… kalau gambar2 yang saya rasa TERLAMPAU…serta merta penyertaan akan ditolak…wokeh…

3. 1 pasangan, hanya dibenarkan mengupload 1 gambar sahaja.

4. Setelah tarikh tutup, gambar penyertaan akan diuploadkan di dalam 1 “ALBUM “CONTEST PASANGAN BAHAGIA & IDEAL”. Dan setiap penyertaan akan diberi NOMBOR, setelah NOMBOR diberi kepada peserta, barulah peserta boleh merayu undi kepada semua rakyat Malaysia yang baik hati di luar sana untuk mengundi anda.

5. Kiraan undi berdasarkan undian “LIKE” terbanyak, “LIKE” yang akan dikira hanya pada gambar yang berada di dalam “ALBUM “CONTEST PASANGAN BAHAGIA & IDEAL” sahaja.

6. PENYERTAAN DIBUKA SEKARANG SEHINGGA PUKUL 12 TENGAHMALAM 2 MEI 2011.

7. Pada 3 MEI 2011, yakni pada hari Ulangtahun Perkahwinan saya itu nanti, kesemua gambar peserta akan dipaparkan di dalam “ALBUM “CONTEST PASANGAN BAHAGIA & IDEAL” dan barulah mula untuk undian…

8. TARIKH TUTUP MENGUNDI ADALAH PADA 31 MEI 2011, SEBELUM DETIK 12 TENGAHMALAM.

9. PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 1 JUN 2011.

10. KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD

11. PENYERTAAN YANG TIDAK JUJUR….samaada pasangan belum berkahwin @ baru bertunang, tidak diterima sama sekali, dan serta merta penyertaan anda AKAN DITOLAK.

HADIAH ISTIMEWA DARI NAZMIE… UNTUK PEMENANG TEMPAT PERTAMA HINGGA KE TIGA

DAGING MASAK MERAH

oleh kerana peminat-peminat ai yang dah lama masuk blog sini tak dak resepi... i'm so sorry.. waahhh spekang londong mehh... hehehehe... bukan tak ada resepi terkini... tapi ajeee jeee mengkomeee.... sibuk bebeno teman... wakakakaaa... udah keluooo peyraknyer... aaatteeeeeeeee... hehehee... jadi untuk mengubat sedikit kerinduan korang tu..ceeewaaahhh... nie haku kasi 1 resepi yang haku masak petang tadi untuk dinner kami laki bini...

RESEPI DAGING MASAK MERAH (untuk 2-3 orang makan)
1 mangkuk daging - dipotong nipis
1 biji bawang besar - dipotong subang
2 biji bawang putih - dihiris
2 inci hali - dihiris
segenggam mix vege - direbus sebentar & diasingkan
5 sudu besar sos cili (kalau nak pedas tambah cili kering&tumis)
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
garam+gula sedikit

CARA MEMASAK
tumiskan bawang putih & hali hingga naik bau & kekuningan, kemudian masukkan daging dan tumis sebentar, kemudian masukkan 1 cawan air dan biarkan sehingga daging lembut, jika daging masih tak lembut, boleh tambah lagi sedikit air dan masak hingga air renehan tersebut tinggal sikit... kemudian masukkan sos cili dan sos tiram, garam, gula dan akhir sekali masukkan mix vege dan tumis sehingga masak, kalau nak sedikit berkuah, tambah sedikit air.

->SELAMAT MENCUBA<-

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails