Thursday, June 16, 2011

AKHIRNYA... KEBENARAN BERPIHAK PADA KAMI...


Syukur alhamdulillah... akhirnya kebenaran berpihak kepada kami juga.... syukur sangat-sangat.... YA ALLAH... AKU BERSYUKUR KEPADAMU....amin..

hari nie teman dan 2 orang lagi kawan teman ke mahkamah... bukan mahkamah tinggi... tapi mahkamah tribunal pengguna... kami bertiga mahu menuntut semula hak kami sebagai pengguna yang teraniaya.... tahun lepas teman mendaftar untuk menjadi pelajar partime untuk satu pusat kecantikan di Ipoh, tetapi selepas 4 kelas yang teman hadiri, tiba-tiba kelas dipindahkan ke suatu tempat yang teman rasa tak sesuai untuk dijadikan kelas untuk kami belajar kecantikan... dari situ, kami bertiga menarik diri dan memohon semua duit pendaftaran kami... tetapi tidak diendahkan... pada mulanya kami tak buat apa-apa tindakan, sebab kami tak tahu saluran mana untuk kami membuat aduan... tetapi selepas 4 bulan berlalu... kawan-kawan teman yang lain... 5 orang semua... telah membuat tuntutan kepada tribunal pengguna untuk menuntut semula hak mereka, kerana mereka tidak mendapat perkhidmatan yang sewajarnya sebagai seorang pelajar.... dan mereka menang kes tersebut dan mendapat sebahagian wang mereka semula...
selepas itu barulah kami bertiga pulak yang membuat laporan dan membuat tuntutan... dan tadi kami bertiga dibicarakan... dan alhamdulillah... keputusan hakim berpihak kepada kami dan kami akan menerima sebahagian dari duit kami semula... walaupun kami tidak dapat bayaran sepenuhnya... sekurang-kurangnya kami menang kes dan kebenaran berpihak kepada kami....
syukur alhamdulillah....
kami semua tak ada niat untuk menganiayai sesiapa... kami hanya mahukan hak kami sahaja, cuma yang teman ralat, teman sebangsa jugak yang menganiayai kami... sedih sangat... tapi pada kami semua, kami harap inilah pengajaran yang cukup mahal dalam hidup kami... insyaallah kami akan jadikan ini sebagai tauladan hidup kami supaya dimasa-masa akan datang, kami jugak tidak akan menjadi seperti itu... dan kami akan lebih berhati-hati...:-C

marilah kita sama-sama bermuhasabah diri...amin...

No comments:

Post a Comment

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails