Monday, March 5, 2012

SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN

berbulan-bulan teman membiarkan blog kesayangan teman nie bersawang begitu sajer... bukan tak ada idea untuk bercerita... banyak sangat benda nak diceritakan... tapi apakan daya teman tak boleh nak lama2 mengadap komputer ni... rasa nak termuntah...
alhamdulillah hajat kami suami isteri untuk menimang cahaya mata, akhirnya di perkenankan oleh ALLAH s.w.t... sekarang kandungan teman dah nak masuk 6bulan... syukur alhamdulillah sangat2... kami memang tak sangka, tapi itulah RAHSIA ALLAH untuk kami... doakan teman sihat dan selamat hingga melahirkan yerk kengkawan semua...
ramai kengkawan yang tanya apa usaha kami suami isteri dan amalan-amalan yang teman amalkan dalam usaha teman untuk mendapatkan zuriat... alhamdulillah ramai jugak yang telah teman fowardkan, dan teman rasa masih ramai yang diluar sana yang ingin mencuba mendapatkan zuriat, jadi teman akan masukkan serba sedikit apa jua yang teman telah usahakan dan amalkan...
....selamat mencuba....


Assalamualaikum kawan-kawan semua

Ini ada sikit tips dan amalan-amalan yang saya amalkan sepanjang setahun nie saya berusaha keras, selain dari saya buat treatment di GH dengan makan clomid & buat IUI, saya juga baru sekali berubat di ijok,perak bulan lepas, berubat cara kampong, berurut & minum air pokok manggis, tips2 & amalan nie semuanyer saya dapatkan dari saudara mara, kawan2 dan juga info2 yang berfaedah dari internet sebelum tu saya mintak maaf banyak2 sekiranya apa yang akan saya taipkan ini ada yang menyinggung perasaan kengkawan semua dan saya juga bukan nak tunjuk pandai atau menunjuk-nunjuk Cuma apa yang saya dah buat dan cuba amalkan saya bagi tahu pada kengkawan semua antara amalan yang saya lakukan adalah :

1) Saya cuba sedaya upaya mencukupkan sembahyang 5 waktu saya, walau sibok, letih, walau ada program macam mana pun, saya akan berusaha untuk bersolat bila tiba waktunya. Masa sujud yang terakhir tu, sujud lama sikit dan niat dalam hati apa yang dihajatkan macam saya saya niat “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat dari benih yang baik, kurniakanlah kami zuriat yang soleh & solehah dan sempurna sifatnya, amin”

2) Saya nie jenis suka terjaga di antara waktu pukul 2-5pagi untuk buang air kecil jadi kalau dah terjaga tu saya terus buat solat sunat taubat & solat hajat.

3) Kalau ada masa, saya buat solat dhuha, selalunyer waktu cutilah, waktu kerja jarang2 saya buat, sebab kadang2 terlepas waktu, kalau teringat, insyaallah saya akan buat

4) Khamis malam jumaat saya akan baca surah yassin & niatkan jugak untuk mendapatkan zuriat yang soleh&solehah.

5) Kalau ada kelapangan dan saya tinggal sorang2 kat umah sebab suami selalu kuar ngan kengkawan dier, saya akan baca al-quran, walaupun 1-ain.

6) Sebelum tido saya akan minta maaf pada suami (macam kita mintak maaf masa raya tu..hehehe), dan masa nak tido tu saya baca surah al-fatihah, ayat kursi, mengucap 2 kalimah syahadah, baca doa tido dan saya ulang niat saya yang di no 1 tadi, setiap malam saya amalkan.

7) Saya selalu dengar@menyanyi asma-ul-husna, saya downloadkan kat hp saya, jadi waktu saya gosok baju ker nak bersiap gi kerja ker, saya akan dengar sambil menyanyi asma-ul-husna nie.

8) Masa saya free2, sambil bawak kereta, sebelum nak khayal2 sebelum tido tu saya akan zikir nama2 ALLAH (ada dlm asma-ul-husna) : AL-KHAALIQ (maha mencipta), AL-BAARI (maha mengadakan) & AL-MUSAWWIR (maha membentuk rupa), ada lagi satu cara, masa lepas waktu subur, cuba urut perut sendiri bahagian rahim tu... urut ikut jam dan lawan jam. Buat banyak2 pusingan dan sambil berzikir nama2 ALLAH tu, urut dengan minyak gamat@minyak kelapa jerk, tak yah guna minyak panas.

9) Masa nak bersama, suruh suami zikir nama ALLAH ni Yaa-Mutakabbir (Maha Megah) , Dibaca ketika bersama isteri, zikir ni nama Allah dalam asma-ul-husna

10) Tiap-tiap hari saya minum susu dan makan asid folic

11) Masa bersama cuba style doggy, lepas suami dah pancut, tonggeng lama sikit, then tido meniarap. Memang kata orang elok tido meniarap, tapi sekejap je, lepas tonggeng lama sikit, rasa macam dah okay, baring meniarap jap, pastu baru la mengiring macam biasa tido.

12) Setiap kali ada seiapa yang nak ke Tanah Suci Mekah, saya akan kirimkan doa tuk mereka doakan kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

13) Ini kawan saya dari US suh amalkan, sebab dier cuba amalkan, alhamdulillah dalam 3 bulan dier terus lekat dier makan ubat Pregnancy Formula - Blackmores, ubat nie kira cam vitaminlah, persediaan untuk mengandung dan semasa mengandung pun boleh makan, cubalah. Sekarang saya mengandung pun still makan ubat nie. Tapi ubat nie susah sikit nak cari, kena cari kat farmasi2 yang besar2 sikit...

Pregnancy Formula - Blackmores

Inilah antara amalan yang saya buat… cubalah, mana tahu lepas nie ada rezeki kengkawan semua apa yang saya sampaikan nie, yang tak baik itu datangnya dari saya dan yang baik-baik belaka semuanya dari ALLAH swt amin yang penting kita jangan putus asa dan ingatlah rezeki semuanya datang dari ALLAH, cepat atau lambat adalah rahsia dari ALLAH wallahualam




2 comments:

  1. Nazmi, terima kasih utk tips ini.. doakan saya juga.

    ReplyDelete
  2. insyaallah syarifah...
    yang baik itu datangnya dari ALLAH swt... yang buruk itu dari saya...
    saya hanya berkongsi pengalaman saya...amin

    ReplyDelete

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails