
Masih teman ingat masa tu, tarikh akhir teman period 6/10/2011 dan jangka akan period semula pada 5@6/11/2011... seminggu sebelum tarikh period tu memang ada tanda2 macam nak period, teman tak berapa kisahlah sebab dah biasa dengan situasi macam tu, lepas 6/11/2011 tanda nak period tu makin kuat, tapi darah still tak turun2, tapi macam biasa, teman memang tak mengamalkan untuk makan ubat@panadol... Hanya bertahan.... masuk hari ke tiga pun masih belum juga turun tanda untuk period, teman terus bagi tahu hubby... hubby dengan x-citednyer terus membeli test upt, tetapi teman menyatakan biarlah dulu, sebab tak nak rasa ada harapan tu, sebab teman takut kecewa lagi, tapi hubby dah siap2 pesan, jangan buat kerja berat2... hinggalah hari ke lima, masih juga belum turun tanda period, tapi rasa nak period ada... jadi malam sebelum tu, sebelum tido hubby ada berpesan suruh aku buat test upt esok (hari kelima), hubby pesan ada ke tak der, tak per, janji kiter dah usaha, kalau ada kiter boleh berjaga2 dengan lebih berhati2, sebab hubby tak mahu lagi perkara2 yang lepas berulang lagi, jadi semasa hari kelima, teman bangun seperti biasa, masuk jerk je ke bilik air, teman terus membuat ujian upt, semasa menunggu keputusan, teman menutup kedua mata, rasa macam tak sanggup nak tahu apakah keputusannyer... hampir 5minit menutup mata, teman buka mata untuk melihat ujian upt, subhanallah... 2line... YA ALLAH... tak pernah selama ni teman membuat ujian upt timbul 2line... semuanyer 1line... melihat jer keputusan tersebut... teman menagis semahu2nya dan terus mengejutkan hubby... dalam mamai2... hubby tersenyum lebar... syukur Alhamdulillah... jadi selepas itu kami membuat pemeriksaan di klinik swasta, Alhamdulillah memang kami bukan bermimpi, keputusannyer tetap positif syukur Alhamdulillah...
"Apa yang anda sabarkan anda akan memperoleh hasilnya kerana kesabaran itu akan menolong segala pekerjaan. Ketahuilah dalam kesusahan dan kepayahan itu tersembunyi nasihat-nasihat kebijaksanaan".
Ketahuilah bahawa apabila kita bersabar dan sentiasa meneguhkan kesabaran kita, maka akan timbul kekuatan dalam diri ini dan kita akan turut memperoleh pahala. Namun, apabila kita sentiasa berkeluh kesah, maka akan timbullah kelemahan dalam diri ini.
Ketahuilah bahawa apabila kita bersabar dan sentiasa meneguhkan kesabaran kita, maka akan timbul kekuatan dalam diri ini dan kita akan turut memperoleh pahala. Namun, apabila kita sentiasa berkeluh kesah, maka akan timbullah kelemahan dalam diri ini.
Assalammualaikum...tahniah atas kurniaan yang telah diterima..terima kasih atas info2 yg dberikan..sy baru setahun lebih kawen n masih belum ade isi pun kdg2 sedih tp tgk nazmie pun sabar smpai 4 thn menguatkn semangat sy blk..:)
ReplyDeletep/s:salam perkenalan dr org ipoh..:p
waalaikummussalam & salam perkenalan putri, terima kasih, syukur alhamdulillah, kami pun tak sangka dengan rezeki yang ALLAH swt bagi pada kami nie... tapi kami bersyukur sangat2... yang penting jangan putus asa, teruskan berTTC, insyaallah ada rezeki untuk putri nanti... saya sentiasa doakan...amin
ReplyDeleteNazmie saya tumpang gembira. Saya pun sudah berkahwin masuk tahun ke5 masih berusaha. Rumah org tua di batu gajah jugak..hihi. Doakan saya jg kerana doa ibu mengandungkan makbul..
ReplyDeletesyarifah hana... la yer ker... boleh lah berfb nanti...
ReplyDeletenanti perkenalkan diri yerk... mana tahu kiter boleh kongsi2 pengalaman.... insyaallah..amin