Tuesday, August 17, 2010

BERKUMPUL LAGI

kami berkumpul lagi... kali nie sempena menyambut kepulangan bapak sedara aku iaitu pakcu dan makcu yang baru pulang dari Mesir kerana menghantar anak mereka iaitu sepupu2 aku ke Mesir untuk sambung belajar di Universiti Al-Azhar...2 orang sepupu aku melanjutkan pelajaran ke sana... anak pakcu (aiman) dan anak pak nik (adib).. kedua2nya baru berusia 14 tahun... terlalu muda berada dirantauan... tetapi kerana niat untuk menyambungkan pelajaran... kami semua redha... alhamdulillah pakcu, makcu serta 2 orang anak perempuannya selamat sampai ke Malaysia dan selamat sampai di Ipoh pada petang sabtu, dan kami berkumpul di rumah mak uteh pada pagi Ahad... ada sedikit mesyuarat ahli keluarga, mesyuarat mengenai arwah aki...pelbagai agenda yang di bincangkan, seperti untuk menjalankan upah haji untuk arwah, dan macam2 lagi... alhamdulillah... mesyuarat selesai dalam pukul 3.30 petang... dan kami yang perempuan2nya turun ke dapur untuk masak, untuk habuan berbuka... dan kami berbuka beramai-ramai... dek disebabkan lapar dan dah beramai-ramai.. haku lupa nak ambik gambo masa tang makan... hehhee... sampailah selesai baru haku ingat... tak perlah kan... janji semuanya selesai dengan sempurna..alhamdulillah...syukur..





No comments:

Post a Comment

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails