::SEMOGA ROH AKI DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA MEREKA YANG BERIMAN...AMIN::
dalam mesyuarat yang telah diadakan di rumah pakngah... anak anak aki akan bergilir2 menjaga aki sepanjang aki berada di hospital... kalau bukan anak2 (sebab anak2 aki pun sudah makin berusia dan tidak sihat) jadi kamilah sebagai cucu2 yang akan menggantikan tempat orang tua kami... maka giliran mak (selaku anak aki) jatuh pada hari, selasa malam rabu dan rabu malam khamis... pada malam mula2 kami jaga aki... memang semput aki makin teruk... tapi aki masih boleh bercakap, cuma aki dah tak nak makan..cuma minum aje... makin hari dinihari, semput aki makin kuat...sepanjang malam aku dan hubby urut, picit, tumbuk seluruh badan aki... hinggalah ke pagi.. giliran pagi disambung dengan mak&ayah... kami balik kerumah, bersiap dan terus ke tempat kerja...ngantuk memanglah mengantuk...tapi dah tugas kamikan...kami redha... malam kedua semasa kami menjaga aki... dalam pukul 12.30mlm...aki mintak pen dan kertas...kami bagi...dengan terketar2 aki menulis "AGAN2"... kami meneka apa yang aki tulis... ruper2nya aki nak menulis "ANGAN2"... haku tak sampai hati nak bersembang dengan aki tuk bertanya apa yang "diangan2"kan oleh aki...sebab keadaan aki teruk masa tu...kertas aki menulis tu, masih ada dalam simpanan aku... untuk aku buat kenang kenangan... selepas itu aku suruh aki baring... sementara memujuk aki tido.. aku dan hubby berbual2... dan tiba2..pada pukul 2.45pagi...aki tiba2 kena tarik@ sawan...separuh badan aki mengeletar... haku jadi panik..dan terus menelefon mak&ayah serta beberapa orang bapak sedara... nurse cuba membantu aki... dalam pukul 3.15pg...aki kena sekali lagi tarik...kali nie keseluruhan badan aki mengejang... haku dah tak sanggup tgk keadaan aki masa tu...sedih sangat2... tapi hubby suruh aku kuatkan semangat..jangan tunjukkan air mata di depan aki... keadaan aki makin stabil...tapi doktor yang merwat aki bagi tahu yang aki dah tenat...hanya bergantung pada mesin sahaja...jadi kesemua kami menelefon seluruh anak2 serta saudara mara terdekat untuk balik menjenguk aki...dari pagi hinggalah ke petang keadaan aki tidak menentu... kadang2 bacaan jantung dan nadinya naik...kadang2 turun... hinggalah dalam pukul 5.00 petang, doktor memanggil pakngah, untuk menandatangani borang supaya aki boleh dimasukkan paip@ saluran oksigen melalui mulutnya... tapi kaedah itu ada risiko..kalau berjaya insyaallah peluang aki masih ada...kalau tak berjaya...nauzubillah.... setelah mendapat persetujuan, doktor dan nurse telah berusaha untuk menjalankan tugas mereka... tapi tidak berjaga..dan aki telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.15 petang...YA ALLAH...sebak sungguh rasa haki kami semua... tapi kami redha dengan ketentuan tuhan... ajal maut di tanganNYA...
selepas seluruh prosedur telah dijalankan... jenazah aki telah dibawa ke rumah mak uteh di kg. sg pari... pesan aki untuk disemadikan bersebelahan dengan pusara arwah opah... sepanjang malam khamis itu, jenazah aki berada di rumah... kami bergilir2 untuk membaca surah yassin...
keesokan harinya...jenazah aki dimandi, dikafan dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan kg, sg pari... tapi tak dapat bersebelahan dengan pusara opah...sebab dah 4 tahun opah meninggal... jadi penuh... tapi dapatlah berhampiran...alhamdulilah semuanya selesai sebelum sembahyang jumaat... dari khamis malam jumaat hinggalah ke hari sabtu...telah diadakan kenduri tahlil di rumah mak uteh.... SEMOGA AKI BERSEMADI DENGAN AMAN...amin...
terima kasih juga kepada hubby yang tercinta, kerana menjaga aki dengan penuh kasih sayang, seperti mana aki menjaga aku dulu... aku telah dijaga oleh arwah aki& opah sejak aku baby lagi... tak terbalas rasanya kasih sayang yang mereka berikan...YA ALLAH, AMPUNKAN LAH SEGALA DOSA-DOSA MEREKA...aminn...
No comments:
Post a Comment