Tuesday, August 10, 2010

KENDURI DI RUMAH PAKNGAH

hampir seminggu lebih aku tidak berkesempatan untuk mencoret sebarang cerita ceriti di dalam blog ku simple ini...banyak kenangan suka duka sepanjang seminggu ini... akan aku ceritakan satu persatu... gambar ini diambil pada 31/7/2010 yang lalu... semasa ini seluruh keluarga di sebelah mak aku berkumpul di rumah pakngah di buntung, kenduri ini hanyalah untuk anak beranak sahaja... kenduri ini sempena untuk menyambut puasa beserta dengan doa selamat untuk mengiringi kedua sepupu aku yang akan menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar di Mesir...di usia 14 tahun mereka telah menjejakkan kaki ke Negara Mesir untuk menimba ilmu...nauzubillah...kagum aku mendengarnya...insyaallah, kami sentiasa mendoakan AIMAN & DINI ADIB..akan berjaya hingga ke akhirnya...aminnn...
macam biasa, kalau kenduri kendara di sebelah mak haku nie, mestilah haku yang jadi tukang masaknyer...hehehe...chef yang tak bertauliah... menu utama keluarga kami ialah, sambal tumis ikan bilis petai...nie mesti ada di setiap kenduri...hehehe...menu2 yang lain, seperi kari ayam, ikan goreng, ikan masin goreng, ulam2...alhamdulillah..memang kenyang giler...
selepas semuanya selesai makan...macam biasa, kami akan berkumpul, untuk mesyuarat ahli keluarga...semasa inilah semua masalah atau hajat yang ingin diutarakan, boleh sajer..insyaallah akan diselesaikan oleh kesemua ahli keluarga dengan apa yang terdaya... mak ayah aku tak ada..sebab kebetulan pulak, adik aku si ketty buat kenduri naik buai anak dier di KL, jadi haku jerlah wakil bagi mak&ayah...memang penat...tapi seronok biler berkumpul ramai2 cam gini...
semoga kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga kami ini akan kekal selamanya..aminnn...

No comments:

Post a Comment

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails