RESEPI PULUT IKAN MASIN (untuk 2 orang)
2 cawan beras pulut
2 cawan air
1/2 cawan santan + secubit garam
1 cawan kelapa parut + secubit garam + 1/2 sudu kecil gula
2 ekor ikan masin belanak - digoreng
CARA MEMASAK
masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan beras pulut yang telah dibasuh dan tanak hingga masak dengan api yang perlahan, apabila pulut telah masak, gaulkan dengan santan dan biarkan sebentar, kemudian bolehlah dihidang bersama ikan masin belanak yang telah digoreng dan kelapa parut.
->SELAMAT MENCUBA<-
No comments:
Post a Comment