Sunday, July 10, 2011

KARIPAP SARDIN

nie dier... menu untuk minum petang nie pulak... KARIPAP SARDIN... heheheheee.. nie kalau duk rumah memang macam2 benda nak masak...hehehe mai teman syer resepi karipap sardin teman nie... senang jerk...

BAHAN-BAHANNYA

INTI YANG TELAH SIAP DIMASAK

KARIPAP YANG TELAH SIAP DIKELIM


KARIPAP YANG TELAH SIAP... TARAAA

RESEPI KARIPAP SARDIN

BAHAN-BAHAN DOH (15 biji)

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar minyak masak

3 sudu besar marjerin

1/2 sudu kecil garam (dibancuh dengan air suam 1 gelas)

CARA MEMBUAT DOH

gaulkan tepung terlebih dahulu dengan minyak masak dan marjerin, gaul hingga rata... kemudian masukkan sedikit demi sedikit air garam suam hingga doh tadi serata dan dapat dibulatkan... dan lenyekkan doh dalam 5@ 10 minit, kemudian doh tersebut digumpal2kan sebesar bola ping pong hingga habis kesemua doh, dan diketepikan...bekas aduan tersebut ditutup dengan kain nipis (mcm kain napkin), jangan dibiarkan terbuka, nanti doh akan mengeras...

BAHAN-BAHAN INTI

1 tin sardin (tin yang kecil)

1 biji ubi kentang (dipotong dadu)

1 biji carrot (dipotong dadu)

1 biji bawang besar (dipotong dadu)

2 sudu ciling giling

½ cawan air

minyak untuk menumis

garam

serbuk perasa

CARA MEMASAK INTI

Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis hingga garing, kemudian masukkan kentang dan carrot serta air, (tujuan air, ialah untuk mengempukkan kentang&carrot) apabila kentang&carrot telah empuk, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dn akhir sekali masukkan sardin dan hancur2kan ikan sardin tersebut dan gaul sehingga masak.

CARA MEMBUAT KARIPAP

seeloknya pakailah acuan karipap... seperti biasa, lenyekkan doh tadi di atas papan dengan kayu lenyek, dan diletkkan di atas acuan karipap, dan dimasukkan inti, jangan masukkan terlalu banyak inti, kerana takut apabila dikelim, inti akan keluar..kemudian dikatupkan acuan tersebut...setelah itu, seeloknya, kelim karipap tadi dikelimkan semula dengan tangan..jadi kelim karipap akan kemas dan tidak akan terkeluar intinya apabila digoreng...

PETUA RESEPI NAZMIE

1) gunakan air suam untuk membuat doh, untuk mendapatkan doh yang lembut dan tidak akan liat dan kulit karipap apabila digoreng, akan rangup

2) seelok2nya, masakkan inti dahulu, barulah disediakan doh

-->SELAMAT MENCUBA<--

No comments:

Post a Comment

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails