Friday, November 11, 2011
Saturday, September 10, 2011
OPEN HOUSE 2011
tak aci kan... letak gambo dah berminggu minggu tapi idak jugerk nak cerita pasal gambo gambo kat bawah nie... hehehee... teman mintak maap ler... kesihatan teman tak mengizinkan... nie pun still batuk2... tapi mood nak menaip tu ada... jadi teman updatelah citer citer teman dalam blog bersawang teman nie... ramai yang tertanya2, naper lama tak update blog...hehehee... ada peminat ker blog teman nie... ceeehhh...
gambar gambar nie masa open house di rumah mak teman masa raya ke-5 yang sudah... tahun nie teman buat open house kat umah mak teman sebab adik teman yang no-4 tu nak sambut sekali besday anak dier... dan adik teman yang no-3 pun still ada lagi di perak... jadi dah berkumpul ramai-ramai tu, kami buat open house kat umah mak teman jer lah... meh kiter layan gambo2 pulak yerk...

nilah MENU UTAMA masa open house hari tuh... MEE REBUS TULANG SPECIAL... seperiuk besau ko... habis licin lincauuu.... hihhiiiii
Sunday, September 4, 2011
LEBARAN 2011

SELAMAT HARI RAYA 2011

nie ler serba sikit gambo2 masa sebelum raya... kalau mengkome semua nak tengok dengan lebih jelas... pergi ler jenguk SINI.... ini pun ada yang teman tak sempat nak snap, sebab sibuk sesangat... sabtu (27/8/2011) adik2 teman semua dah balik... kecuali yang no 2 tu, dier malam raya pertama baru dapat balik sebab kena bertugas... biasalah askar... kami yang lain2... semua dah berkumpul umah family teman... jadi start sabtu tu lah kami bertungkus lumus mengerjakan macam2 urusan... kami adik beradik yang perempuan... 4 orang semuanyer... buat SIMPUL KASIH, POPIA TAYAMUM, POPIA PEDAS, CORNFLAKES MADU dan 3 biji KEK PELANGI... sebiji kek tu teman kasi mak mertua teman... dan sebiji lagi adik teman bagi mertua dier jugak... dan sebiji jer tinggal untuk tetamu kami di rumah... ahad pulak sibuk menyucuk sate... SATE AYAM, SATE DAGING & SATE PERUT... malam tu bakar sate dan kami makan semua anak beranak... isnin pulak sibuk melemang... LEMANG BIASA, LEMANG JAGUNG & LEMANG TEPUNG special request dari teman... TQ ayah... masa melemang nie tak dan nak tangkap gambo... sebab masing2 sibuk dengan tugasan masing2... nak suh yang jantan2 nie tangkap gambo... ermmm semua malehh... jadi idak ler ada gambo2 melemang... janji lemangnyer ada... dan teman makan tak sedo diri... sampaikan malam raya pertama...teman dah demam... huhuhuuu padan muka teman... :-P oklah... inilah serba sikit citer teman sebelum raya... jom kiter sambung di entry raya pulak yerk... cauuu
Friday, August 26, 2011
Tuesday, August 23, 2011
MENU - 22 RAMADHAN 1432H

caauuuu bedahhh
MENU - 21 RAMADHAN 1432H
ini menu berbuka puasa puasa 21 ramadhan yang lepas... tak sempat nak update... nanti di cerita yang akan datang teman ceritakan yerk... naper teman lambat update blog kali nie... sebelum nie mari teman syerkan resepi menu kali ni... kali nie menunya LONTONG...
BAHAN-BAHAN
1 biji kelapa - diparut & dan perah santannya
2 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 1o minit, toskan dan tumbuk kasar
1 kiub ikan bilis "MAGGI" (optional)
1/2 cekak so hoon, dikerat
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
SAYUR-SAYUR
1/4 biji kobis - dipotong kecil
1 batang lobak merah - dipotong mancis
4 tangkai kacang panjang - dipotong serong
2 keping tauhu, dipotong dadu sederhana besar
2 keping fucuk saiz sederhana (tauhu kering), dipotong sederhana besar dan rendam
2 keping tempe, dipotong kecil
2 biji cili merah - di hiris menyerong
BAHAN LAIN
Nasi impit
Telur rebus
Sambal tumis ikan bilis
CARA MEMASAK

Masukkan santan,udang kering, kiub ikan bilis, serai, bawang besar, bawang putih dan serbuk kunyit. Masak hingga mendidih, kemudian masukkan lobak merah dan tempe bila lembut sedikit boleh masukkan kacang panjang, kobis dan fucuk. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu. Kacau perlahan. Masukkan so hoon, basuh so hoon sejurus sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka, biar mendidih perlahan. Angkat dan boleh dihidangkan bersama nasi impit, sambal tumis ikan bilis dan telur rebus
-->SELAMAT MENCUBA<--
Saturday, August 20, 2011
MENU - 20 RAMADHAN 1432H
semalam kami berbuka di rumah mak teman... kelmarin adik teman yang no 2 ada balik... sebab masa raya sok dier tak dapat cuti, almaklumlah askar.. bukan boleh dapat cuti raya setiap tahun... jadi dier ngan keluarganya balik dulu untuk sama2 berbuka di rumah mak teman dan mertuanya di parit... jadi semalam teman masaklah special sikit... nak menyambut adik-adik, dan anak-anak buah tersayang... jadi semalam teman masak AYAM PANGGANG MANGGA dan juga BUBUR BADAK BERENDAM, tahun lepas teman ada jugak buat BADAK BERENDAM nie tapi yang itu teman buatkan kukus... yang nie teman buat style bubur... kalau nak tengok yang style kukus boleh jengah sini... BADAK BERENDAM (KUKUS)
dan inilah hasilnyer... memang sodaplah... alhamdulillah percubaan pertama yang success... :-D thanks kak leha... nanti kiter buat kat ofis pulak yerk masa cuti sekolah nanti... ;-D meh teman syerkan resepinya...
AYAM PANGGANG MANGGA
1 ekor ayam - dibelah 2 dan dikelar kelar sedikit
2 biji mangga - dicincang2
BAHAN2 UNTUK PERAP AYAM
3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
3 inci halia
1 kiub ayam
1 sudu besar lada hitam
garam+gula secukup rasa
(kesemua bahan diblender dgn sedikit air dan dilumur di keseluruhan ayam dan diperap selama 1 jam)
CARA MEMASAK
letakkan ayam yang telah diperap ke dalam loyang, dan taburkan mangga yang telah dicincang dan masukkan juga ke celah celah ayam yang telah dikelar tadi dan juga di bawah perutnya dan bakar selama 1 1/2 jam dan sedia untuk dihidangkan
-->SELAMAT MENCUBA<--
nie pulak doh badak berendam yang telah siap diisi dengan inti... hambek ko...besau besau penombok... hahahaa....
inilah BUBUR BADAK BERENDAM yang telah siap... meh teman syerkan sikit resepinyer yerk...
BUBUR BADAK BERENDAM (35-40 biji sederhana)
BAHAN-BAHAN DOH
BAHAN-BAHAN LAIN
CARA MEMASAK INTI
CARA MEMBUAT DOH
CARA MEMBUAT BADAK BERENDAM
ok, mai teman syerkan sikit resepi nie... AYAM PANGGANG MANGGA nie teman dapat resepi dari teman sepejabat teman, tapi dier guna mangga muda... teman tak gemor mangga masam2 nie... jadi teman gunalah mangga masak...
teman guna mangga nie...gambo dari dari google, tima kasih pak google... ;-P

AYAM PANGGANG MANGGA
1 ekor ayam - dibelah 2 dan dikelar kelar sedikit
2 biji mangga - dicincang2
BAHAN2 UNTUK PERAP AYAM
3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
3 inci halia
1 kiub ayam
1 sudu besar lada hitam
garam+gula secukup rasa
(kesemua bahan diblender dgn sedikit air dan dilumur di keseluruhan ayam dan diperap selama 1 jam)
CARA MEMASAK
letakkan ayam yang telah diperap ke dalam loyang, dan taburkan mangga yang telah dicincang dan masukkan juga ke celah celah ayam yang telah dikelar tadi dan juga di bawah perutnya dan bakar selama 1 1/2 jam dan sedia untuk dihidangkan
-->SELAMAT MENCUBA<--
BUBUR BADAK BERENDAM (35-40 biji sederhana)
BAHAN-BAHAN INTI
kelapa parut - 1 biji kelapa
gula merah - 6 sudu
2 biji gula melaka/kabung
2 biji gula melaka/kabung
gula - 3 sudu
secubit garam
BAHAN-BAHAN DOH
tepung pulut - 2 mangkuk (guna manguk sup)
tepung gandum - 1 mangkuk (guna mangkuk sup)
pewarna hijau
secubit garam
BAHAN-BAHAN LAIN
santan - 1 biji kelapa
air - 1/2 cawan
secubit garam
1 sudu besar gula
CARA MEMASAK INTI
gaulkan kesemua bahan-bahan dan masak di atas api yang sederhana lebih kurang 10-15 minit atau hingga masak dan sebati kesemuanya
CARA MEMBUAT DOH
gaulkan tepung pulut dan tepung gandum dengan sedikit pewarna dan secubit garam, kemudian gaulkan dengan air sikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan
CARA MEMBUAT BADAK BERENDAM
ambil secubit doh, masukkan sedikit inti dan buatkan bulat2
masukkan santan, air, garam dan gula, kemudian masakkan di atas api yang sederhana sehingga mendidih kecil, kemudian masukkan kesemua doh yang telah siap dimasukkan inti ke dalam santan tadi masakkan dalam 10 minit sehingga kesemua doh tadi timbul, sentiasa gaul kuahnyer supaya santan tidak berkepala dan sedia untuk dihidangkan

Friday, August 19, 2011
MENU - 18 RAMADHAN 1432H
1 ekor ikan siakap
(dilumur dengan garam dan sos tiram)
3 batang serai - diketuk
halia (banyak sikit) - dihiris nipis2
1 biji bawang besar - dipotong nipis
3 biji cili padi - dipotong serong
1 bungkus cendawan - disiat2
1 bungkus asam boi (6 biji)
1/2 batang carror - dipotong nipis
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji cili merah - dipotong dadu
CARA MEMASAK
letak ikan di dalam loyang dan taburkan kesemua bahan2 ke atas ikan dan kukus 30-45minit dan sedia untuk dihidangkan
-->SELAMAT MENCUBA<--
KOBIS BUNGKUS UDANG
3 keping daun kobis (selai2)
dicelur terlebih dahulu di dalam air mendidih dan toskan ke tepi
BAHAN INTI
1 mangkuk udang dibuang kulit (dlm15 ekor udang bersaiz sederhana)
1 biji bawang merah - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
2 sudu cili ciling
garam+gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK INTI
tumiskan kesemua bahan diatas sehingga naik bau, kemudian baru masukkan udang dan tumis hingga udang masak kemudian ketepikan dan sejukkan
CARA MEMBUNGKUS KOBIS
masukkan inti ke dalam daun kobis yang telah dicelur, kemudian bungkus dan sepitkan dengan lidi@cungkil gigi dan ketepikan
BAHAN KUAH
3 sudu cili giling
3 sudu sos cili
garam+gula secukup rasa
1 biji bawang besar - dipotong subang
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK
tumiskan cili giling dan sos tomato sehingga garing, kemudian masukkan air, garam dan gula dan biarkan mendidih, kemudian barulah masukkan bawang subang dan juga kobis yang telah dibungkus tadi... dan masakkan dalam 1@2minit dan sedia untuk dihidangkan

NASI LEMAK AYAM GOLEK

IKAN BAWAK MASAM MANIS
DAGING MASAK MERAH
KHAILAN IKAN MASIN
TOMYAM CAMPUR
AIR TEMBIKAI 1 jug
kat kedai nie memang menu utamanya NASIK LEMAK AYAM GOLEKlah... memang sedap... selain ayam tu ada jugak lauk lain2.. kira cam nasik lemak berlauklah... tapi disebabkan myhubby nie nak makan nasi putih... jadi teman ambiklah set tomyam jugak...
kata mana kedai nie...????
errmmm kedai NASI LEMAK AYAM GOLEK nie... betul betul depan KG.PISANG, Batu Gajah... selain tu dekat jugak dengan SMK TOH INDERA WANGSA, jalan nak ke Tg. Tualang tuh... kalau dari pekan Batu Gajah, korang terus jer ke jalan nal ke Tg. Tualang tuh... mesti nampak kedai nie sebelah kanan... selain tu, kedai nie jugak ada BBQ steamboat, cendoi, kerang rebus dan paling aku suka moy..ada 3 jenis moy, moy seafood, moy campur & moy ayam semua teman dah rasa..memang sedap... kalau nak cuba bolehlah datang... tapi kalau tuk bulan puasa nie kena booking sebab orang ramai sangat sangat... nie nombornye...
NASI LEMAK AYAM GOLEK 05-3653121
meh layan sikit view2 yang ada kat kedai nie...

wokehlah yerk... sekian laporan dari teman...roger n out...;-P
Wednesday, August 17, 2011
DE KITA GARDEN

semalam MYlovelyHUBBY mintak temankan dier jumpa kawan dier kat area station18, ada urusan bisnes sikit, jadi macam biasa my hubby akan serahkan tugas mencari tempat berbuka nie pada vini gomoks dier nie... hehehee.... jadi sebab kami dah ada kat area Station18 nie... aku pilih tempat nie DE KITA GARDEN, tempatnyer dekat dengan TESCO STATION18 dan juga berhadapan dengan PASA BINA, jalan pasir puteh...
kami memang selalu lepak tempat nie... tapi kalau bulan-bulan posa nie memang kalau korang nak pegi kena booking... kalau idak lepas isyak pun belum tentu korang dapat makan... hehehe... sebab manusia ya ampunnn punyerlah ramai... tapi semua dah bookings siap-siap... jadi datang tu, tunggu masa berbuka dan boleh terus ngapp...
semalam aku order set untuk 2 orang, antara menunya :
nasi putih 2
air buah 2
daging masak merah
telur bungkus
khailan ikan masin
tomyam campur
semua nie hanya RM20 sajokk... tapi sebab hubby nak tambah ikan temenung 3 rasa... jadi kesemuanya RM26.00.... siap ada bubur tau... bubur tu free jerk...
oklah, kalau ada sesiapa yang berminat nak makan dan nak booking tempat nie...
ini nombornya...
016-5183272
DE KITA GARDEN, Jalan Pasir Puteh, Ipoh
TRADISI TSY (PERAKIAN'S - THE SILVER YONG'S)

Sunday, August 14, 2011
BELUM ADA REZEKI

alhamdulillah... semangatku sudah pulih seperti sedia kala... terima kasih yang tidak terhigga buat suamiku yang tersayang dan yang amat kucintai kerana terus berada disisi sepanjang proses pemulihan hatiku ini... YA ALLAH... engkau menduga kami lagi YA ALLAH... tetapi kami bersyukur dan kami redha dengan dugaan yang telah kau berikan padaku ini YA ALLAH... semakin engkau menduga kami, semakin kuat dan kukuh ikatan cinta kami ini YA ALLAH... aku bersyukur kepadamu YA ALLAH... kerana engkau pertemukan jodohku dengan suamiku yang betul betul memahami dan sentiasa menjaga aku dalam apa juga keadaan YA ALLAH... aku bersyukur sangat sangat kepadamu YA ALLAH... ampunkanlah dosa-dosa yang pernah aku dan suami ku perbuat di atas dunia ini YA ALLAH... kau kuatkanlah iman kami YA ALLAH... kau tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan kau dekatkanlah kami selalu kepadaMU YA ALLAH...
sungguh beberapa hari yang lepas aku sungguh kecewa... mungkin kami terlalu berharap, dan dengan harapan itulah yang membuatkan aku kecewa sehingga aku terlupa yang aku punya suami untuk aku uruskan... tetapi syukur alhamdulillah, suamiku cukup memahami keadaanku... mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah terjadi... belum rezeki kami lagi... betul cakap guru besar dan orang tuaku... jangan berhenti dari berdoa kepadaNYA... mungkin ada hikmah yang ALLAH sembunyikan dari kami... mungkin ALLAH mahu menduga sedalam mana keimanan kami... hanya teman-teman yang betul-betul rapat dan keluarga yang mengetahui hal ini... biarlah ia berlalu begitu saja... biarlah keadaan yang mengubati segala luka yang tercalar... aku yakin satu hari nanti ada rezeki untuk kami... insyaallah...
buat suamiku yang tercinta, maafkanlah isterimu ini, insyaallah selagi ada nyawa isterimu ini akan terus berkhidmat kepadamu... terima kasih kerana sentiasa berada di sisi isterimu ini dalam apa juga keadaan... semoga kasih sayang kita ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat... amin ya rabbal alamin...

Thursday, August 11, 2011
BERBUKA di LAN'S CATERING, PADANG POLO
pepagi sebelum pergi kerja MYlovelyHUBBY dah pesan "Sayang hari nie tak payah masak, kiter makan kat luar, abang belanja" YA ALLAH... syukur alhamdulillah... tak payah fikir nak masak apa hari nie... heheehee boleh rehat sikit... :-D
sebenarnya petang tu ada costumer yang nakkan arnab, hadiah untuk anaknyer, jadi costumer mintak hubby hantarkan arnab tersebut ker rumah beliau untuk suprisekan anaknyer... jadi itu yang hubby buat perancangan, lepas balik kerja, kami terus hantar arnab ke rumah costumer dan terus berbuka puasa di luar... tempat teman yang arrangekan... cam biasalah hubby memang akan serahkan tugas nie kat bini dier yang somey niekan...(somey sangatlah...hihihiii ;-P)... dan kebetulan pulak member teman, yana bertanyakan khabar jadi teman ajak sekali berbuka puasa dengan kami.... jadi yana datang dengan tunangnya...
sebelum tu teman dan yana berbincang dekat mana kami nak berbuka, yana suggestkan berbuka di secret recipe tapi disebabkan teman faham sangat dengan MYlovelyHUBBY teman nie... jadi teman cakap kat yana nak berbuka tempat yang ada nasi... ehehee... jadi sambil tu teman search2 di internet... dan teman jumpa... LAN'S CATERING di Padang Polo... nampak macam best... tak mahal sangat... cuma RM19.90 untuk dewasa... oklah kan... jadi setelah teman dan yana bersetuju...jadi teman booking siap2 untuk 4 orang...
mula-mula sampai kat sana, teman ingat buffet biasa2 jerk... rupernyer...waauuu besarnyer... ramai pulak manusianya tuh... syukur teman dah booking siap2... tempatnya selesa... luas sangat... bermacam2 hidangan... lebih 40 jenis juadah disediakan... taramlah korang nak makan apa... sekali pandang cam konsep kenduri kahwin... hehehe siap khemah dan langsir skerlep tuh... tapi memang puas hatilah...
antara juadah yang disediakan semalam... nasi hujan panas, dengan lauk pauknya, nasi putih dengan pelbagai pilihan lauk..teman rasa lebih berbelas2 lauk kot... kuih muih, agar2, puding, buah2an... air dengan pelbagai jenis, laksa, bihun sup, macam2lah... mengah makannyer wehhh... seronoklah... macam nak pergi lagi... :-D
kalau ada sesiapa yang nak pegi, bolehlah call
EN.ROSLAN untuk booking tempat...
nie nombornya :
019-5087767

memang puas hati...cubalah yerk... ;-D

sorrylah gambar tak clear dah malam... pakai pulak hp cabuk...heheee...

Subscribe to:
Posts (Atom)