alhamdulillah... semangatku sudah pulih seperti sedia kala... terima kasih yang tidak terhigga buat suamiku yang tersayang dan yang amat kucintai kerana terus berada disisi sepanjang proses pemulihan hatiku ini... YA ALLAH... engkau menduga kami lagi YA ALLAH... tetapi kami bersyukur dan kami redha dengan dugaan yang telah kau berikan padaku ini YA ALLAH... semakin engkau menduga kami, semakin kuat dan kukuh ikatan cinta kami ini YA ALLAH... aku bersyukur kepadamu YA ALLAH... kerana engkau pertemukan jodohku dengan suamiku yang betul betul memahami dan sentiasa menjaga aku dalam apa juga keadaan YA ALLAH... aku bersyukur sangat sangat kepadamu YA ALLAH... ampunkanlah dosa-dosa yang pernah aku dan suami ku perbuat di atas dunia ini YA ALLAH... kau kuatkanlah iman kami YA ALLAH... kau tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan kau dekatkanlah kami selalu kepadaMU YA ALLAH...
sungguh beberapa hari yang lepas aku sungguh kecewa... mungkin kami terlalu berharap, dan dengan harapan itulah yang membuatkan aku kecewa sehingga aku terlupa yang aku punya suami untuk aku uruskan... tetapi syukur alhamdulillah, suamiku cukup memahami keadaanku... mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah terjadi... belum rezeki kami lagi... betul cakap guru besar dan orang tuaku... jangan berhenti dari berdoa kepadaNYA... mungkin ada hikmah yang ALLAH sembunyikan dari kami... mungkin ALLAH mahu menduga sedalam mana keimanan kami... hanya teman-teman yang betul-betul rapat dan keluarga yang mengetahui hal ini... biarlah ia berlalu begitu saja... biarlah keadaan yang mengubati segala luka yang tercalar... aku yakin satu hari nanti ada rezeki untuk kami... insyaallah...
buat suamiku yang tercinta, maafkanlah isterimu ini, insyaallah selagi ada nyawa isterimu ini akan terus berkhidmat kepadamu... terima kasih kerana sentiasa berada di sisi isterimu ini dalam apa juga keadaan... semoga kasih sayang kita ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat... amin ya rabbal alamin...
buat suamiku yang tercinta, maafkanlah isterimu ini, insyaallah selagi ada nyawa isterimu ini akan terus berkhidmat kepadamu... terima kasih kerana sentiasa berada di sisi isterimu ini dalam apa juga keadaan... semoga kasih sayang kita ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat... amin ya rabbal alamin...
Setiap dari kita PASTI ADA SESAUTU yang telah Allah swt janjikan.. Cuma MASA shj yang menentukan bila ianya akan berlaku...
ReplyDeleteBersabar lah wahai sahabat... Aku yakin, pasti ada REZEKI utk kamu suatu hari nanti.. Jgn patah semangat, jangan tunduk mengalah.. teruslah berusaha dgn apa daya skali pon. InsyaALLAH, kebahagian pasti menjadi milikmu nanti...
tima kasih ila... tima kasih sangat2... insyaallah kami akan cuba sedaya upaya kami... terima kasih kerana terus menyokong aku...
ReplyDeleteaku redha dengan segalanya... ada hikmah disebalik semua ini...insyaallah...amin