ini menu teman tuk berbuka hari ke-2 puasa nie... biasalah hari kerja2 nie masak simple2 jer sudah.... teman pulak tak mo ler masak banyak2...sebab makan berdua jerk... kalau boleh teman nak lauk tu habis masa berbuka...jadi bersahur boleh masak yang simple2 dan makan panas2..baru sedap... kalau asyik nak panaskan lauk berbuka tuk sahur tak lalu jugakkan... meh teman syer sikit resepi ikut selera teman ler...:-D
1 mangkuk daging - dipotong nipis
2 ulas bawang putih - ditumbuk hancur
1 inci hali - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dipotong bulat/subang
3 sudu kicap manis (kipas udang)
2 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
5 sudu kacang hijau dalam tin
sedikit air
sedikit garam+gula
CARA MEMASAK
tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau, kemudian masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis dah lada hitam...dan tumis sebentar, kemudian masukkan daging dan tumis lagi sebentar, kemudian masukkan air, garam dan gula...dah biarkan sehingga daging empuk, bila daging sudah empuk barulah masukkan bawang yang dipotong bulat dan juga kacang hijau dalam tin dan biarkan sekejap sajer dan sedialah untuk dihidang...
-->SELAMAT MENCUBA<--

RESEPI KACANG BUNCIS TUMIS BELACAN
10 urat kacang buncis - dipotong serong
1 biji bawang besar - dipotong bulat/subang
1 biji cili merah - dipotong nipis
1 sudu sos tiram
sedikit udang kering
minyak untuk menumis
sedikit garam
BAHAN UNTUK DIBLENDER
1 biji bawang merah
2 biji cili padi
1 biji cili merah
sedikit belacan
CARA MEMASAK
tumis kan kesemua bahan yang telah diblender sampai naik bau, kemudian masukkan sos tiram, udang kering dan garam dan tumis sebentar, kemudian masukkan kacang buncis dan tumis sebentar dan barulah masukkan bawang yang dipotong subang dan cili merah, kalau nak berkuah sikit boleh tambah air...dan sedia untuk dihidangkan...

ini bukan teman yang masak...heheehe tapi teman tempah special dari kawan baik teman di parit buntar... kalau nak resepi... mai jenguk BLOG CEK LALA nie... dan kalau nak tempah pon boleh... TEMPAH KAT SINI... macam-macam ada, kek karemel yang pelbagai rasa, apom polkadot yang pelbagai rasa dan warna dan juga biskut oat coklat...
TIMA KASIH MY FRIEND CEK LALA
No comments:
Post a Comment