BAHAN-BAHAN INTI
kelapa parut - 1 biji kelapa
gula merah - 6 sudu
gula - 3 sudu
secubit garam
BAHAN-BAHAN DOH
tepung pulut - 2 mangkuk (guna manguk sup)
tepung gandum - 1 mangkuk (guna mangkuk sup)
pewarna hijau
secubit garam
BAHAN-BAHAN LAIN
santan - 1/2 biji kelapa
(atau kalau tak nak santan boleh guna susu cair - 1/2 tin)
air - 1/2 cawan
secubit garam
1 sudu kecil gula
CARA MEMASAK INTI
gaulkan kesemua bahan-bahan dan masak di atas api yang sederhana lebih kurang 10-15 minit atau hingga masak dan sebati kesemuanya
CARA MEMBUAT DOH
gaulkan tepung pulut dan tepung gandung dengan sedikit pewarna dan secubit garam, kemudian gaulkan dengan air sikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan
CARA MEMBUAT BADAK BERENDAM
ambil secubit doh, masukkan sedikit inti dan buatkan bulat2 dan susun di atas pelengat, buat sehingga habis aduan doh
kemudian curahkan santan atau susu cair yang telah dicampur tadi dengan secubit garam&gula, kemudian kukuskan dalam 20 minit dan sedia untuk dihidang
-->SELAMAT MENCUBA<--
No comments:
Post a Comment