Tuesday, January 4, 2011

MEE BANDUNG NAZMIE

BAHAN-BAHAN
(untuk hidangan 1 bungkus mee)
1 bungkus mee kuning
udang/sotong/ayam/daging (pilihan banyak mana)
fish ball (pilihan banyak mana)
fish cake (pilihan banyak mana)
3 biji telur
cili kering kisar
sos cili
sos tiram
sawi/carrot/bunga kobis/jagung
bawang besar + bawang putih(dikisar)
garam
gula
serbuk perisa
1 sudu tepung jagung(dibancuh dgn air sedikit)
air
CARA MEMASAK
Tumis bawang, bawang putih dan cili kering hingga garing sedikit, masukkan cili sos dan sos tiram, tumis sebentar dan masukkan awas2 seperti udang/sotong/ayam/daging serta fish ball dan fish cake, tumis dalam seminit dua, dan masukkan air dan biarkan hingga mendidih... selepas itu masukkan telur sebijik demi sebijik, biarkan sebentar, sehingga kuning telur mengeras dan masukkan sayur-sayuran, tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, masukkan garam, gula dan serbuk perasa
***kalau anda masak sepinggan demi sepinggan, mee tersebut bolehlah dimasukkan terus ke dalam kuah dan siap dihidangkan
***sekiranya untuk dihidang ramai, mee hendaklah dicelur sedikit dengan air panas dan ditapiskan, kemudian dihidangkan semasa hendak makan
-->SELAMAT MENCUBA<--

No comments:

Post a Comment

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails