isi durian
roti (2 keping-diblender)
tepung gandum
gula
secubit garam
air suam
minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
lenyekkan isi durian dengan air suam, kemudian masukkan roti yang telah diblender tadi, kemudian gaulkan adunan dengan gula dan secubit garam... apabila semuanya sebati barulah dimasukkan tepung dan digaul hingga rata dan adunannya tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras..sederhana sahaja yerk... (kalau nak tahu sederhana tu macam mana... kiter ambil segenggam adunan tu, dan cuba jatuhkan ke dalam mangkuk... kalau dier slow2 jer jatuh...alhamdulillah oklah adunan kiter tu, kalau laju jer jatuhnya, kena tambah lagi tepung, dan kalau langsung tak jatuh, kena tambah air, ok)
kemudian perapkan dalam 1o minit dan setelah itu digoreng dan sedia untuk dihidang...
PETUA RESEPI NAZMIE
kenapa nak bubuh roti...??? muskil kan...
ok..gini
roti nie untuk melembutkan cucur kita ni... seelok2nya...selepas diadun, perapkan dalam 10 minit... insyaallah.... cucur kita akan lembut dari pagi sampai ke malam... (apa2 sajer cucur kita boleh guna roti, ok)
dan lagi satu petua untuk buat cucur, seeloknya gunakan air suam, jadi cucur kita akan rangup (nie kalau buat cucur udanglah yerk)
-->SELAMAT MENCUBA<--
No comments:
Post a Comment