Monday, January 3, 2011

KANGKUNG TUMIS TAUCU

BAHAN-BAHAN
1 cekak kangkung
1 biji bawang besar (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 biji cili merah (dihiris halus)
2 sudu taucu
2 sudu sos tiram
sedikit ikan bilis
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air
CARA MEMASAK
tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah sehingga kekuningan, kemudian masukkan taucu, sos tiram dan ikan bilis, kemudian masukkan air dan kangkung, tumis sehingga kangkung layu dan sedia untuk dihidang
nota : tak payah bubuh garam, sebab taucu & sos tiram dan masin
-->SELAMAT MENCUBA<-

No comments:

Post a Comment

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails