Monday, January 3, 2011

KARIPAP DAGING

BAHAN-BAHAN DOH (40-50 biji)
500grm tepung gandum (agak2 jer separuh dari bungkusan tepung tu)
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam (dibancuh dengan air suam 1 gelas)
BAHAN-BAHAN INTI
semangkuk daging-dihiris halus/nipis
8 biji ubi kentang (dipotong dadu)
3 biji bawang merah (dipotong dadu)
2 sudu besar lada hitam (dikisar halus)
daun sup/bawang (agak2lah yerk)
secawan air suam
minyak untuk menumis
garam
gula
serbuk perasa
CARA MEMBUAT DOH
gaulkan tepung terlebih dahulu dengan minyak masak dan marjerin, gaul hingga rata... kemudian masukkan sedikit demi sedikit air garam suam hingga doh tadi serata dan dapat dibulatkan... dan lenyekkan doh dalam 5@ 10 minit, kemudian doh tersebut digumpal2kan sebesar bola ping pong hingga habis kesemua doh, dan diketepikan...bekas aduan tersebut ditutup dengan kain nipis (mcm kain napkin), jangan dibiarkan terbuka, nanti doh akan mengeras...
CARA MEMASAK INTI
tumiskan bawang yang dipotong dadu tadi dengan minyak masak...hingga 1/2 garing, kemudian masukkan daging dan tumis hingga garing, kemudian masukkan lada hitam dan tumis sebentar dan kemudian masukkan air suam, kemudian api dapur dipelahankan...dan biarkan daging tersebut lembut... apabila daging telah lembut barulah masukkan kentang, gaul sehingga serata, dan kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa...sentiasa gaulkan inti tersebut, takut hangit@ melekat di kuali, dan api masih lagi pelahan... kemudian apabila kentang dan daging telah lembut, barulah dimasukkan daun bawang dan daun sup... digaul serata... apabila telah masak, inti tadi diketepikan dan dianginkan sebentar sebelum dibuat karipap...
CARA MEMBUAT KARIPAP
seeloknya pakailah acuan karipap... seperti biasa, lenyekkan doh tadi di atas papan dengan kayu lenyek, dan diletkkan di atas acuan karipap, dan dimasukkan inti, jangan masukkan terlalu banyak inti, kerana takut apabila dikelim, inti akan keluar..kemudian dikatupkan acuan tersebut...setelah itu, seeloknya, kelim karipap tadi dikelimkan semula dengan tangan..jadi kelim karipap akan kemas dan tidak akan terkeluar intinya apabila digoreng...
PETUA RESEPI NAZMIE
1) gunakan air suam untuk membuat doh, untuk mendapatkan doh yang lembut dan tidak akan liat dan kulit karipap apabila digoreng, akan rangup
2) gunakan daging batang pinang kerana daging ini cepat lembut
3) seelok2nya, masakkan inti dahulu, barulah disediakan doh
-->SELAMAT MENCUBA<--

No comments:

Post a Comment

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails