Monday, January 24, 2011

Duit Dan Kekayaan Menjadi Tuan





Duit Dan Kekayaan Menjadi Tuan

Di akhir zaman wang ringgit atau kekayaan menjadi ukuran
Mulia atau hormat seseorang itu
jika ada duit atau kekayaan
Hafaz Quran, hafaz Hadis, banyak ilmu
tidak akan dipandang orang
kalau seseorang itu tidak ada duit, tidak ada kekayaan

Ada duit, ada kekayaan banyak kawan, belum tentu sayang
Tidak ada duit, tidak ada kekayaan
kawan hilang dan dihina orang
Sanak saudara tidak peduli, keluarga pun pandang serong
Anak isteri pun tidak hormat, silap sedikit mereka meradang

Ada duit, ada kekayaan adalah saudara, banyaklah kawan
Apabila miskin papa di tengah ramai, hidup keseorangan
Orang mengata, orang menghina
Di mana pergi dicemek orang
Isteri boleh lari, anak-anak akan benci
kawan-kawan tidak peduli

Seseorang yang sedang disanjung, tiba-tiba miskin
kawan-kawan lari
Sedikit sahaja yang silap, orang hamun, orang maki
Kalau tidak sabar mahu cabut lari, hidup bersendiri
Jika iman lemah, sakit jiwa susah hati

Begitulah duit atau kekayaan di dalam kehidupan menjadi tuan
Sesetengah orang duit dan kekayaan menjadi Tuhan
Sekalipun tidak dipanggil Tuhan
Ada duit, ada kekayaan dihormat orang
walaupun tidak sembahyang
Kalau dia menjadi calon di dalam pilihanrava mudah menang
Apabila ada kekayaan, di dalam keluarga dialah yang paling disayang
Di tengah masyarakat ramai
dialah dipandang orang atau dihormat orang
Di dalam kumpulan kawan-kawan, dialah selalu diziarah orang
Tapi apabila jatuh miskin semuanya habis menghilang

Dipetik Dr Yahoo Group- Ingatan

No comments:

Post a Comment

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails