CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 3, 2011

RENDANG IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN
3 ekor ikan tongkol (ikan kayu-dipotong 2)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
3 sudu cili kisar
4 batang serai
sepotong halia (lebih kurang 3inci)
sepotong kunyit hidup (lebih kurang 1inci)
asam keping
semangkuk santan
3 sudu kerisik
daun kunyit (dihiris halus)
daun limau purut (kalau suka)
garam, gula & serbuk perasa
CARA MEMASAK
kesemua bahan-bahan di atas dikisar kecuali ikan, daun kunyit dan daun limau, kemudian kesemua bahan yang dikisar tadi dimasak di atas api sehingga sedikit mendidih, kemudian bubuhkan garam, gula dan serbuk perasa, apabila telah mendidih... masukkan ikan tongkol dan taburkan daun kunyit dan daun limau purut, dan gaul sehingga masak, dan bolehlah dihidangkan
-->SELAMAT MENCUBA<--
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails