Thursday, January 27, 2011

E.M.O.S.I.T.E.R.G.A.N.G.G.U


Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,

Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,

Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...

sehari dua ini, emosi aku betul betul tergangggu... mungkin dengan kata-kata di atas, ramai yang faham, tak payahlah aku terangkan dengan panjang lebar... tapi aku bersyukur dengan segala nikmat yang diberi... tetapi sebagai insan biasa, pasti tercuit jua jiwa nurani haku ini... aku pasrah, aku redha... alhamdulillah DIA berikan aku jodoh yang baik... jodoh yang sentiasa menceriakan hari hari aku yang suram dan kelam... TERIMA KASIH SAYANG atas segala kasih sayang yang diberi... hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala kasih sayang itu...

aku bersyukur punya suami yang memahami, menyayangi dan mencintai aku dengan sepenuh hati... sentiasa bersabar dengan segala kerenah kerenah aku dan sentiasa memberikan aku nasihat dan bimbingan untuk menjadi seorang isteri yang baik dan solehah... YA ALLAH... tidak ternilai pemberianMU ini kepadaku... aku bersyukur YA ALLAH...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

""SEMOGA KEBAHAGIAAN INI AKAN KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT, AMIN""

No comments:

Post a Comment

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails