Sunday, July 17, 2011

BUBUR SUM SUM


errmmm lama tak makan bubur sum sum nie kan... buatnyer tersangatlah mudah... cuma tak ada masa jer nak masak... tapi disebabkan dah lama tak makan tu, teman masaklah sikit tuk teman... mai teman syer resepi bubur sum sum ni... jommm

RESEPI BUBUR SUM SUM
2 cawan tepung beras
6 cawan santan
sedikit garam

CARA MEMASAK
gaulkan kesemua bahan2 di atas dan masakkan di atas api yang sederhana, kena rajin mengacau supaya tidak melekat pada periuk, apabila sudah pekat...tutupkan api dan masukkan ke dalam acuan, dan biarkan sehingga sejuk...

AIR GULA MERAH
5 sudu gula merah
1 biji gula kabung
3 sudu gula putih
2 cawan air

CARA MASAK AIR GULA MERAH
campurkan kesemuanya dan masak di atas api sehingga mendidih, kemudian bolehlah makan bubur sum sum bersama dengan air gula merah.... memang sedap...

-->SELAMAT MENCUBA<--

No comments:

Post a Comment

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails