Saturday, July 30, 2011

PEGEDIL AYAM

pegedil yang telah siap di bulat2kan dan tunggu untuk digoreng

nie dier.... PEGEDIL AYAM yang dah siap... sedap dimakan dengan bihun sup, soto atau pun makan begitu sajer dengan cicah cili sos...sodap...
meh teman nak kongsi resepi

RESEPI PEGEDIL AYAM
4 biji kentang - dibelah 6 dan digoreng hingga 1/2 garing & selepas sejuk kentang tadi dilenyek
3 ketul ayam - digoreng terlebih dahulu, selepas itu dicarik2kan isinya
1 biji bawang besar - dihiris nipis
2 biji cili merah - dipotong nipis
daun sup & bawang (ikut suka) - dipotong halus
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
&
3 biji telur - dipukul dan letak secubit garam

CARA MEMBUAT
gaulkan kesemua bahan2 di atas kecuali telur...gaul sehingga rata, kemudian bulat2kan ikut besar yang ada suka dan tekan sikit bagi setiap doh nipis...kemudian celup pegedil tadi di dalam telur yang telah dipukul dan digoreng di dalam minyak yang panas...goreng sehingga garing dan sedia untuk dihidangkan...

-->SELAMAT MENCUBA<--





No comments:

Post a Comment

::}teratakCINTAnazmie{::

Related Posts with Thumbnails