tu dierrr.... hari nie teman masak simple jerk... macam biasalah... teman akan masak apa yang ada dalam peti ais teman... cuti cuti nie maleh nak keluar...nak rehat di rumah jerk... hari nie lauk nie jerlah semata2... hehehe... bukan apa... pagi tadi teman dah gorengkan bihun... jadi lambat sikit makan tengahari... mehhh...teman kongsikan resepi teman nie...
RESEPI DAGING GORENG TOMYAM
1 mangkuk daging - dihiris sederhana nipis dan direndam dalam pencelup merah dalam 5 minit dan kemudian digoreng sehingga garing
1 paket perencah TOMYAM ADABI
1/2 biji carrot - dipotong bulat
4 biji cabai burung - dibelah tengah
5 helai daun limau purut
2 batang serai - diketuk
1 biji bawang besar - dipotong subang
1 tangkai daun bawang - dipotong seinci seinci
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
noted : rasa dulu, kalau dah cukup masin tak payah bubuh garam, sebab perencah tomyam tu dah cukup garam & masamnyer, ok
CARA MEMASAK
tumiskan perencah tomyam sehingga naik bau, kemudian masukkan carrot, cabai burung, serai, daun limau purut, tumis sebentar kemudian masukkan air (jangan banyak, hanya nak daging tu nanti rasa lembab2 jerk), biarkan sebentar dan masukkan daging yang telah digoreng dan akhir sekali masukkan bawang dan daun bawang dan sedia untuk dihidangkan
-->SELAMAT MENCUBA<--
No comments:
Post a Comment